Friday, December 12, 2008

KG CENDERAMATA DUA BERAZAM PERTAHAN KEJAYAAN

KAMPUNG CENDERAMATA DUA BERAZAM PERTAHANKAN KEJAYAAN

KOTA KINABALU: Kejayaan Jawatankuasa Micro Enterprise Kampung Cenderamata 2 memenangi Anugerah Mayor 2007 bagi kategori NGO pada Majlis Malam Penghargaan DBKK sempena ulangtahun ke-8 Bandaraya Kota Kinabalu terus menyuntik semangat penduduk kampung itu untuk memastikan kampung mereka menjadi sebuah kampung zon tanpa sampah di negeri ini.

Pengerusinya, WKAN Mulkaseh Haji Renda yang turut dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Khidmat Masyarakat berkata kejayaan kampung Cenderamata Dua itu akan terus dijadikan pendorong oleh masyarakat kampung itu untuk menjadikan kampung mereka bebas daripada sampah.

"Kejayaan ini amat menggembirakan kami serta semua penduduk kampung Cenderamata Dua. Ternyata usaha dan kerjasama yang diberikan selama ini mendapat penghargaan daripada DBKK," katanya selepas mengadakan mesyuarat di kediamannya, malam kelmarin.

Beliau juga yakin masyarakat kampung akan terus memberikan kerjasama untuk mewujudkan sebuah kampung yang bersih dan bebas daripada sampah serta membantu DBKK mencapai matlamatnya menjadikan kawasan bandaraya ini bebas daripada sampah menjelang 2010.

Mulkaseh juga melahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan itu yang juga merupakan satu pengiktirafan ke atas usaha yang dibuat oleh JK Micro Enterprise daalam memastikan kampung Cenderamata Dua bebas daripada sampah,

Selain itu, beliau juga meminta ahli jawatankuasa Micro Enterprise dan pemnduduk kampung agar terus mempromosi kebersihan dengan cara menegur mereka yang membuang sampah serta menggalakkan penduduk untuk mengamalkan aktiviti kitar semula.

Beliau memberitahu,antara aktiviti yang dijalankan oleh JK Micro Enterprise Kampung Cenderamata Dua Likas dalam mencapai misi menjadikan kampung ini sebagai Zon tanpa Sampah ialah mengadakan gotong-royong secara konsisten ,menyediakan tong sampah oleh Jawatankuasa Penduduk di sepanjang jalan kawasan kampung dan pengagihan penyeduk sampah dan pencakar sampah kepada ketua-ketua unit di kampung itu.

Kampung Cenderamata Dua mempunyai kira-kira 1,200 penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum dan telah dirasmikan sebagai sebuah Kampung Anak Negeri pada tahun 31 Ogos 1999.

Sementara itu, JK Micro Enterprise dipilih memenangi Anugerah Mayor 2007 Kategori NGO kerana jawatankuasa itu banyak menyumbang tenaga dalam aktiviti anjuran DBKK antaranya aktiviti membersihkan Grafitti di seluruh zon Kota Kinabalu, Program Zon Tanpa Sampah, Kempen pembersihan lagun Likas, Anti Kutu Sampah dan pembuangan sampah dari kenderaan, mengikuti perbarisan Ulang Tahun Ke-8 Bandaraya MKota Kinabalu, kempen bersama Duta anti kutu sampah di pusat membeli belah.

Jawatankuasa itu juga telah berjaya menjadikan dan seterusnya mendapat pengiktirafan sebagai Kampung Zon tanpa Sampah hasil usaha berterusan dalam memerangi sampah di Kampung Cenderamata Dua.

2 comments:

  1. Salam...

    Tahniah dan terima kasih atas perkongsian info yang berguna ini. Cuma saya ingin bertanya, adakah setiap artikel yang dimulakan dengan "Kota Kinabalu: xxx.." itu adalah hasil penulisan Encik sendiri atau ianya dipetik dari mana-mana akhbar semasa?

    Jika ia bukan hasil penulisan Encik sendiri, saya harap Encik dapat/sudi meletakkan pautan (link) bagi memudahkan para pembaca mengakses terus ke pautan yang berkenaan untuk tujuan/memudahkan rujukan.

    Terima kasih dan teruskan penulisan Encik..

    ;)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.maaf saya baru ternampak komen ini. Setiap artikel yang bermula dengan Kota Kinabalu adalah artikel saya sendiri, artikel yang mulanya saya tulis dan tersiar di Utusan Borneo, akhbar tempat saya bertugas.Tulisan itu kemudian saya salin ke blog untuk tatapan pembaca yang lebih luas.salam

    ReplyDelete