Friday, January 23, 2009

Jumat dijangka melawat Cenderamata Dua

Yang Berbahagia, Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Saudara Jumat Haji Idris dijadual akan melakukan lawatan kerja ke Kampung Cenderamata Dua Likas pada 25 Januari ini bermula jam 9.00 pagi. Beliau juga dijangka menyerahkan kunci rumah PPR kepada sarigan haji renda dalam majlis itu.

Semua penduduk kampung dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis itu. WKAN Mulkaseh Haji Renda memberitahu, persiapan sedang diatur untuk memastikan majlis itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Thursday, January 8, 2009

sanggup meredah air


WKAN Mulkaseh Haji Renda meredah banjir ketika fenomena air pasang melanda kampung Cenderamata Dua beberapa tahun lalu

Saudara Musalim dan Juarah



Gambar dua tokoh, Musalim Tua Haji Mutalib dan Juarah Asoi, iaitu antara orang yang memainkan peranan instrumental dalam kemajuan kecemerlangan Kampung Cenderamata Dua Likas.

Friday, December 19, 2008

Kampung Cenderamata dikunjungi tetamu dari Kuching










KGCENDERAMATA DUA DIKUNJUNGI TETAMU DARI SARAWAK

KOTA KINABALU: Kampung Cenderamata Dua Likas, yang diiktiraf sebagai Kampung Zon Tanpa Sampah di negeri ini sekali lagi menerima kunjungan tetamu dari Sarawak untuk berkongsi pengalaman mengenai pengurusan sampah di kampung itu.

Kampung itu menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi oleh rombongan Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak yang diketuai oleh Haji Onn Haji Abdullah.

Setibanya di kampung itu, rombongan telah dibawa meninjau kaedah pengurusan sampah di kampung itu, yang mendapat pengiktirafan daripada DBKK dan merupakan satu-satunya kampung yang diisytiharkan sebagai kampung tanpa sampah di negeri ini.

Pengerusi JK Micro Enterprise Kampung Cenderamata Dua, WKAN Mulkaseh Haji Renda berkata, pengurusan sampah amat dititikberatkan oleh penduduk kampung untuk menjadikan kampung itu sebagai zon bebas sampah.

"Bagaimana cantikpun kampun kita, kalau sampah tidak terurus, istilah cantik itu tiada maknaya," katanya sambil berkata pihaknya mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang telah menyediakan lima tong sampah dan mengangkutnya ke tempat pelupusan sampah setiap petang.

Katanya, setiap pemilik rumah membayar RM5.00 sebulan yang digunakan sebagai upah kepada pekerja yang dilantik oleh JK Micro untuk mengutip sampah setiap hari.

Menurutnya, bagi mencapai misi menjadikan kampung ini sebagai Zon tanpa Sampah, pihak penduduk kampung menjalankan gotong-royong secara konsisten sejak tahun 2007.

Beliau berkata, pihaknya juga menyediakan tong sampah oleh Jawatankuasa Penduduk di sepanjang jalan kawasan kampung dan mengagihkan penyeduk sampah dan pencakar sampah kepada ketua-ketua unit di kampung.

Mulkaseh juga berkata, JK Micro Enterprise juga kini sedang menanam bunga di sepanjang jalan kampung itu sebagai salah satu usaha mencantikkan kampung berkenaan.