Kampung Cenderamata Dua Likas menjadi Kampung pertama di kawasan Karambunai yang berjaya menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela. Penubuhan pasukan bomba sukarela itu adalah sesuatu yang sangat bermanfaat dan relevan memandangkan kampung Cenderamata Dua mengalami beberapa episod kebakaran, paling akhir ialah pada Awal April lepas.
Selain itu, Pengerusi Bomba Sukarela ,Juara Asoi berkata, terdapat lagi beberapa kejadian yang hampir membawa tragedi.
Bahkan beliau berkata, ada kalanya keasyikan menonton sinetron atau drama bersiri di tv boleh menyebabkan kelekaan yang mungkin membawa bahaya.
Menurutnya, terdapat beberapa kejadian yang hampir membawa padah telah berlaku di kampung cenderamata Dua.
Oleh sebab, beliau meminta agar semua pihak berwaspada dalam mencegah kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Lintas, Yang Setia Rashid Musi mengalu-alukan penubuhan pasukan bomba sukarela itu.
Katanya, pihaknya telah membekalkan pelbagai peralatan untuk kegunaan pasukan itu dan beberapa permohonan lain sedang menanti giliran.
Beliau juga berkata, pihak wakil rakyat juga wajar membantu pasukan bomba sukarela.
Sementara itu, dalam ucapannya. Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid berkata, rakyat digesa agar terus
memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang begitu prihatin
dengan memberikan pelbagai jenis bantuan semata-mata untuk memastikan
kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.
Beliau
yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berkata
pelbagai jenis bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan
oleh kerajaan adalah bukti komitmen kerajaan dalam membela kepentingan rakyat
agar menikmati kehidupan yang selesa dan sejahtera.
Katanya,
rakyat dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang boleh
menyebabkan negara tidak stabil dengan mengadakan pelbagai demonstrasi yang
tidak menguntungkan.
Jainab
berkata, rakyat tidak akan menghirup udara yang tenteram sekiranya negara kucar kacir seperti yang berlaku di negara
lain.
Sehubungan
itu, beliau menasihatkan agar rakyat terus memperkukuhkan aspek kerjasama dan menanamkan kesedaran betapa
pentingnya keharmonian terus dipelihara.
Jainab
berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Watikah
Perlantikan JKKK, Penyampaian Pemadam Api dan Sijil Insuran Api Perlindungan
Rumah di Kampung Cenderamata 2, Likas Kota Kinabalu, pada Ahad 15 Julai 2012
Beliau
berkata jika semua anggota masyarakat bekerjasama, semua masalah mampu diatasi
dengan baik termasuk mengekang gejala sosial seperti penagihan dadah dan
sebagainya.
Selain
itu, beliau juga memuji masyarakat Kampung Cenderamata Dua kerana berjaya
menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela yang pertama di Karambunai selain terus gigih
berusaha menanamkan kesedaran akan pentingnya keselamatan termasuk memberikan
latihan mencegah dan mengawal kebakaran.
Katanya,
Kampung Cenderamata Dua yang terkenal sebagai sebuah kampung pertama diisytihar
Kampung Zon Tanpa Sampah mampu untuk mencatat pelbagai kejayaan lain jika terus
bersatu.
Katanya,
pihaknya akan terus membantu dalam pelbagai aspek bagi memastikan masyarakat
terus menikmati kemajuan dan pembangunan.
Hadir
sama dalam majlis itu ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Lintas Kota
Kinabalu, Rashid Musi, Ketua Kampung Likas Utara, Haji Abdul Mumin Rasam,
Pengerusi JKKK kampung Cenderamata Dua, Nadi Kadik dan Pengerusi Pasukan Bomba
Sukarela Cenderamata Dua, Juarah Asoi.
-Utusan Borneo, Isnin 16 Julai 2012